Isteri Bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diiringi pengawai SPRM hadir berhubung siasatan kes membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR — Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah 14 hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasusah membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah sekolah Sarawak.

Isteri bekas Perdana Menteri itu yang berdiri tenang dengan berpakaian baju kurung batik berwarna hijau membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim Azman Ahmad semasa pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah

Beliau terdahulu tiba ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dtemani suamninya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan diiringi para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar 2.06 petang.

Rosmah menghadapi dua pertuduhan membabitkan projek pemasangan tenaga solar hibrid di sekolah sekolah negeri Sarawak.

MGF15112018_ROSMAH, KUNAN DAN RIZAL MAHKAMAH11
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diiringi pengawai SPRM hadir berhubung siasatan kes membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 NOVEMBER 2018

Mengikut pertuduhan pertama Rosmah antara bulan Mac dan April 2016 di Lygon Bistro G24 Ground Floor, Sunway Putra Mall, Jalan Putra Kuala Lumpur telah secara rasuah menerima suatu suapan iaktu wang berjumlah RM187.5 juta yang merupakan 15 peratus daripada nilai kontrak daripda Saidi Abang Samsudin merupakan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn.Bhd. Sebagai dorongan untuk melakukan suatu perkara yang dicadangkan iaitu membantu Jepak Holdings mendapatkan projek bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 juta secara rundingan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam pertuduhan kedua beliau juga pada 7 September 2017 di no.11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta KUala Lumpur telah didakwa secara rasuah menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin dan syarikatnya sebagai upah melakukan perkara iaitu membangtu Jepak Holdings Sdn.Bhd mendapatkan projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic(PV) Hibrid dan penyelenggaraan dan Operasi Genset Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 juta secara rundingan dari KPM.

MGF15112018_DAKWAAN MAHKAMAH08 (1)
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diiringi pengawai SPRM hadir berhubung siasatan kes membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 15 NOVEMBER 2018

Beliau dengan itu didakwa dilakukan kedua dua kesalahan itu di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2019 (Akta 694) yang boleh membawa hukuman di bawah Subseksyen 24(1) akta sama.

Jika disabitkan kedua dua kesalahan, Rosmah boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu.

Rosmah diwakili barisan enam peguam diketuai Datuk Kumarendran manakala pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwaraya Datuk Umar Saifuddin Jaafar.

Umar Saifuddin mencadangkan tertuduh diikat jamin dengan wang jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin dan disokong oleh peguambelanya.

Bagaimanapun peguambela Rosmah, Kumarendran memohon mahkamah supaya membenarkan anakguamnya dibenarkan membayar wang jamin itu secara berperingkat dalam tempoh 10 hari.

Hakim setelah mendengar hujah berkenaan membenarkan tertuduh menjelaskana bayaran RM500,000 pada hari ini dan bakinya tujuh hari dari sekarang.

10 Disember 2018 ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, bekas pegawai khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM5.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.

MGF15112018_ROSMAH, KUNAN DAN RIZAL MAHKAMAH09
Bekas pegawai khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor diiringi pengawai SPRM hadir berhubung siasatan kes membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 NOVEMBER 2018

Mahkamah membenarkan Rizal diikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah tetapkan 29 Nov untuk sebutan semula kes.