Lion Air
Pesawat Lion Air

JAKARTA – Keluarga penumpang pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Indonesia mengemukakan saman terhadap Boeing.

Mereka mendakwa kesilapan dalam rekaan pesawat Boeing 737 MAX telah mengakibatkan kemalangan tersebut.

Dalam saman itu, pembuat pesawat Amerika Syarikat itu didakwa gagal memaklumkan kepada juruterbang dan syarikat penerbangan tentang reka bentuk sistem kapal terbang itu yang boleh menolak muncung pesawat ke bawah tanpa dijangka.

Para penyiasat sedang melihat isu-isu laporan teknikal.

Dan, Boeing pula masih mempertahankan keselamatan pesawat 737 MAX.

Dalam kejadian 29 Oktober itu, kesemua 189 orang penumpang pesawat Lion Air JT 610 maut.

Ia terhempas di Laut Jawa selepas juruterbang meminta kebenaran untuk berpatah balik ke lapangan terbang sejurus berlepas. – MalaysiaGazette