KUALA LUMPUR – Kedudukan liabiliti kewangan Malaysia meningkat kepada RM1.811.0 bilion pada suku ketiga 2018 berbanding RM1.762.7 bilion pada suku sebelumnya.

Jumlah aset pula mencatatkan RM1.698 bilion, meningkat daripada RM1.683 bilion pada akhir suku kedua tahun ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, ini menunjukkan liabiliti bersih yang lebih tinggi RM112.2 bilion (S2 2018: liabiliti bersih RM79.7 bilion).

Kedudukan Pelaburan Langsung di Luar Negeri (DIA) merekodkan RM491.3 bilion (S2 2018: RM481.0 bilion) dan terutamanya dalam aktiviti kewangan dan insurans/takaful (37.7%), diikuti oleh sektor perlombongan & pengkuarian (16.7%) dan pertanian (8.1%).

Singapura kekal sebagai destinasi utama kedudukan DIA.

Sementara itu, kedudukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia pada suku ketiga meningkat kepada RM614.7 bilion (Q2 2018: RM590.3 bilion).

Sektor pembuatan merupakan penerima FDI tertinggi (41.4%), diikuti oleh aktiviti kewangan dan insurans/takaful (22.3%) dan perdagangan & borong runcit (7.2%).

Tiga negara utama bagi FDI adalah Singapura, Jepun dan Hong Kong.

Pelaburan portfolio mencatatkan kedudukan liabiliti bersih yang lebih tinggi RM287.5 bilion (S2 2018: net liabiliti RM272.2 bilion), sementara pelaburan lain merekodkan net liabiliti RM129.0 bilion (S2 2018: net liabiliti RM123.6 bilion).

Pada akhir September 2018, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berada pada RM426.9 bilion (akhir Jun: RM423.3 bilion). – MalaysiaGazette