Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bercakap sesuatu dengan isterinya yang merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (kanan) pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ke-13 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 18 NOVEMBER 2018.

SHAH ALAM – Jagalah parti dengan baik..kalau ada apa apa yang tidak betul.. sila beritahu saya..saya akan bisik kepada Anwar Ibrahim”.

Demikian pesanan terakhir Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR di Kongres Nasional ke-13 parti itu sebentar tadi.

“Sekali lagi saya pesan.. jagalah parti dengan baik… beritahu saya kalau ada yang tak betul…akan bisik kepada presiden baharu Anwar nanti,” katanya dalam penggulangan presiden petang tadi.

Timbalan Perdana Menteri itu sebak semasa berulang kali merayu perwakilan menjaga parti yang memperjuangkan reformasi selama lebih 20 tahun itu dengan baik.

“Saya akan meninggalkan kepimpinan hari ini dalam keadaan cukup terbaik.. sayangilah parti dan anggotanya..

“Ingat setiap jiwa yang berjuang di waktu susah kerana semangat kental mereka lah kita berjaya hingga sampai ke sini…selepas ini tiadalah anggota yang akan terpinggir terpaksa bergolok bergadai, ditindas dan dizalimi penguasa.

“Kita adalah kerajaan dan kitalah pengemudinya ke mana ingin kita bawa parti dan negara ini.. kita mulakan reformasi rakyat kita melalui kesusahan yang merupakan asas perjuangan dan jangan sesekalipun dilupakannya,” ujar beliau.

Dalam penggulangannya beliau juga mengingatkan kepimpinan parti supaya bersiap sedia membantu Pakatan Harapan menawan negeri Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri itu.

“Ia perlu dilakukan lebih awal supaya nasib rakyat Sarawak akan terbela apabila negeri itu ditawan kelak seperti berlaku di Sabah.

“Bukan itu sahaja, negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis juga perlu dilakukan gerak kerja awal dari sekarang.

“Perbanyakkan program turun padang dan menerangkan kepada rakyat dan jangan sesekali pinggirkan negeri- negeri itu dan insy Allah menjelang PRU15 kita dapat menumbangkan pembangkang,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette