MELBOURNE – Seramai tiga lelaki warga Turki yang disyaki terlibat merancang serangan keganasan besar-besaran dalam masa terdekat berjaya ditahan awal pagi tadi waktu tempatan.

Agensi melaporkan, penahanan ini susulan daripada insiden serangan keganasan oleh seorang suspek warga Somalia, Hassan Khalif Shire Ali yang menikam bunuh seorang lelaki serta mencederakan dua lagi lelaki di sebuah pusat beli belah.

Suspek kemudian di tembak mati ketika insiden tersebut dua minggu lepas.

Ketiga-tiganya warga Australia berketurunan Turki ini ditahan dalam satu serbuan ketika sedang melakukan perancangan secara besar-besaran menyerang sebuah lokasi di Melbourne.

Menurut Ketua Pesuruhajaya, Graham Ashton, tiga-tiga suspek ini sudah mula di siasat oleh pihak berkuasa sejak Mac lepas tetapi berdasarkan maklumat siasatan, mereka segera di tahan.

“Kesemua mereka ada kaitan dengan pengganas Daesh namun kita masih belum dapat mereka mempunyai kaitan dengan organisasi mana.

“Kita mendapat maklumat mereka merancang insiden keganasan dengan mendapat inspirasi daripada Daesh malah semakin aktif,” katanya dalam kenyatan.

Ketiga-tiga suspek berumur antara 21 hingga 30 tahun dijangka di bawa ke mahkamah pada hari ini. –MalaysiaGazette

Lokasi serangan