Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 JULAI 2018
Jawatan Speaker yang dipegang Mohamad Ariff ketika ini menjadi panas kerana telah dipolitikkan pembangkang.

KUALA LUMPURĀ – Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2019 atau Belanjawan 2019 Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang pertama pada jam 8.00 malam tadi.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof ketika mengumumkan keputusan itu, berkata RUU membabitkan peruntukan RM314.5 bilion itu diluluskan bagi bacaan kali kedua menerusi undi sebulat suara.

Rang undang-undang itu dibentang untuk bacaan kali kedua atas nama Menteri Kewangan dan akan dibawa ke peringkat jawatankuasa Parlimen, bermula esok.

“Rang undang-undang yang dinamakan untuk menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

“Usul di atas nama Menteri Kewangan di dalam aturan mesyuarat ini diedarkan kepada jawatankuasa sebuah majlis, lebih suara bersetuju

“Mesyuarat ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi Khamis 22 November 2018,” katanya selepas sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2019 di Parlimen, malam ini.

Terdahulu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggulung perbahasan Belanjawan 2019 Kerajaan PH yang pertama lebih sejam di Dewan Rakyat, hari ini.

Sepanjang ucapan penggulunggan Belanjawan 2019 oleh ahli Parlimen (DAP-Bagan) itu, Guan Eng turut mendapat celahan daripada bekas Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Guan turut membangkitkan isu kehilangan RM19.25 bilion dalam Akaun Amanah Tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sambil menyifatkannya ia telah dirompak oleh pimpinan kerajaan terdahulu.

Berang dengan tuduhan itu, Guan Eng ditegur agar tidak mendahului siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang akan mengeluarkan laporan mengenainya tidak lama lagi.

Turut mencelah ketika sesi penggulungan itu ialah Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Ahli Parlimen Petrajaya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan. – MalaysiaGazette