Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggesa rakyat Malaysia mendoakan agar mangsa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Muhammad Adib Mohd. Kassim cepat sembuh.

Menurut beliau, ia perlu bagi menunjukkan solidariti terhadap apa yang perlu keatas anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP).

“Marilah kita doakan agar Adib sepat sembuh,” katanya di Twitter.

Nama Muhammad, 24, menjadi bualan media sosial dan masyarakat apabila beliau didapati cedera parah setelah didakwa dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.

Sementara itu, hastag #prayforAdib kini trending di media sosial.

Ramai pelayar Twitter terutamanya @Aquarius3745 mendoakan Adib kembali pulih lalu menceritakan situasi sebenar mengenai apa yang menimpa beliau pada malam tersebut.

“Kita tunggu Adib bangun dan beritahu HIS side of story #prayforAdib,” tulis beliau.

Perkara sama turut dizahirkan @henrry_putra.

“Jom bantu anggota bomba yang banyak berjasa kepada rakyat, yang telah terlantar koma akibat diserang perusuh-perusuh di Kuli tempohari kerana mahu membantu memadam kebakaran,” katanya.

Terbaharu, Institut Jantung Negara (IJN) memaklumkan Adib kini melepasi zon bahaya dan mempunyai 70 peratus peluang untuk diselamatkan.

Perkara itu dinyatakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Menurut Zuraida, beliau juga dimaklumkan bahawa, jika semalam Muhammad Adib hanya mempunyai peluang untuk selamat sebanyak 40 peratus tetapi hari ini doktor telah memaklumkan peluang tersebut semakin cerah. -MalaysiaGazette