Home Dunia 90 banduan lari di Aceh

90 banduan lari di Aceh

BANDA ACEH – Seramai 90 banduan di sebuah penjara di barat Indonesia melarikan diri dengan memecahkan pagar ketika mereka sepatutnya menunaikan solat berjamaah.

Menurut jurucakap Kementerian Kehakiman, Ade Kusmanto, hanya beberapa banduan yang melarikan diri semalam berjaya ditahan semula.

“Terdapat 726 penghuni pada masa itu, 113 daripadanya melarikan diri. Kami menahan semula 23 daripada mereka dan masih mengesan tahanan yang lain,” katanya.

Polis melancarkan pemburuan besar-besaran bagi mengesan banduan yang terlepas dan meningkatkan keselamatan di penjara.

Sepuluh pegawai ditugaskan untuk mengawasi penjara selepas banduan melarikan diri.

Pada Mei tahun lepas, lebih 400 banduan melarikan diri selepas solat berjemaah di penjara yang penuh sesak di wilayah Riau.

Sebulan kemudian, puluhan banduan terkandas dalam banjir di penjara di Sumatera selepas dindingnya runtuh. – MalaysiaGazette