logo 1MDB
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low akan didakwa secara “in absentia” iaitu tanpa ketidakhadiran di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Selain Jho Low, 36, empat lagi individu termasuk seorang wanita akan turut didakwa bersama-sama Jho Low di empat Mahkamah Sesyen berasingan.

Difahamkan kesemua mereka akan didakwa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan media, Jho Low yang diburu polis dan dikehendaki Malaysia, Singapura dan beberapa negara lain dipercayai bersembunyi di China atau Abu Dhabi namun sehingga kini tidak diketahui di mana sebenarnya dia berada.

Pada 15 Jun lalu, Jabatan Imigresen membatalkan pasport ahli perniagaan itu atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia susulan penyiasatan terhadap skandal 1MDB.

— BERNAMA