Luka Modric.

PARIS – Luka Modric menepati ramalan dengan meneruskan rekod cemerlang tahun ini apabila terpilih menerima anugerah Ballon d’Or.

Kejayaan bintang Real Madrid itu menamatkan dominasi oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi lebih 10 tahun pada majlis yang berlangsung di Grand Palais di sini awal pagi tadi.

Modric yang dianggap pemenang baharu selepas bintang Brazil Kaka menjulang trofi ini 2007 sebelum ia dikuasai era Ronaldo-Messi.

Pemain Croatia itu merupakan tonggak utama utama dalam membawa skuadnya mara ke final Piala Dunia Jun lalu dan turut membantu kelab Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara kali ketiga berturut-turut Mei tahun ini.

Sementara itu Ronaldo yang menerima 476 undi berada ditempat kedua, diikuti Antoine Griezmann, Kylian Mbappe serta bintang Barcelona Messi ditangga kelima.

Modric turut memberi penghargaan kepada bekas kelabnya Tottenham yang turut membantu menaikkan kariernya sebelum ini.

Selain itu, pemain Perancis, Mbappe meraih trofi Kopa selaku Pemain Terbaik bawah 21 Tahun.

Manakala pemain wanita Lyon dan Norway, Ada Hegerberg dipilih merangkul anugerah Ballon d’Or buat kali pertama. – MalaysiGazette