Noraini Ahmad
Pengerusi PAC, Datuk Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Tiga muka baru diumumkan menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini.

Ia berikutan pertukaran anggota lama iaitu Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru), Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) dan Hasan Arifin (BN-Rompin).

Kedudukan mereka digantikan dengan Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) dan William Leong (PH-Selayang). – MalaysiaGazette