Sesi fotografi kumpulan Calips Buskers selepas Pelancaran Single dan Video Muzik Terbaru di Warner Music Malaysia, Menara TSR, Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 05 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Kumpulan Caliph Buskers buat julung kalinya menampilkan Nor Nadira Rubina untuk menyanyikan single terbaharu berjudul ‘Hanya Mimpi’.

Ia merupakan satu transformasi bagi kumpulan itu yang sebelum ini hanya menampilkan Azmi Saat sebagai vokalis utama.

Nadirah diberi peluang ini selepas beliau mencuri perhatian peminat sketika menyanyikan lagu ‘Haram’ dendangan Hael Husaini bersama Dayang Nurfaezah.

“Nadira berjaya mencuri perhatian peminat apabila vokalnya diperdengarkan dalam sebuah video ketika menyampaikan lagu ‘Haram’ nyanyian asal Hael Husaini bersama Dayang Nurfaizah, dengan gaya tersendiri,” kata Caliph Buskers dalam satu kenyataan.

Melihat reaksi positif peminat, mendorong Caliph Buskers untuk memberi peluang kepada Nadira untuk single terbaharu mereka.

Single ‘Hanya Mimpi’ yang bergenre pop rock ini yang telah disiarkan di Youtube sejak semalam menyelitkan unsur positif berkaitan dengan kehidupan.

“Menerusi lagu ini, Caliph Buskers menampilkan kelainan dan pendekatan yang berbeza.

“Selain duet antara Azmi dan Nadira, lagu berentak pop rock ini turut digarap ceria berbeza dengan lagu-lagu mereka sebelum ini,” kata kumpulan itu.

Selain Azmi dan Nadira, Caliph Buskers turut dianggotai Zaki, Nirwan dan Fendy.

Hanya Mimpi yang diterbitkan Faithful Music dan edaran Warner Music Malaysia ini sudah dilancarkan pada 16 November lalu dan boleh didapati di kesemua pelantar muzik digital.-MalaysiaGazette