Kerosakan yang berlaku di Champs-Elysees akibat tunjuk perasaan oleh rakyat Perancis yang membantah kenaikan cukai bahan api. foto Reuters

PARIS – Kerajaan Perancis bimbang keganasan besar berlaku di Paris pada hari Sabtu ini oleh protes ‘yellow vest’ yang masih belum menunjukkan ia akan reda.

Kerajaan Perancis telah pun membatalkan kenaikan cukai bahan api yang menjadi punca kepada tunjuk perasaan itu.

Tetapi ketidakpuasan terhadap dasar kerajaan itu telah merebak dan protes telah meletus membabitkan beberapa isu lain

Pada hari Khamis, lebih daripada 140 orang ditahan dalam satu protes mengenai pembaharuan dalam sistem sekolah.

Tunjuk perasaan di Mantes-la-Jolie di Yvelines itu berakhir dengan pertempuran dengan polis di hadapan sekolah.

Berpuluh-puluh sekolah berada di bandar-bandar seperti Marseilles dan Paris.

Sementara itu, ‘yellow vest’ kelihatan untuk meneruskan perhimpunan pada hari Sabtu.

Tunjuk perasaan yang berlangsung pada Sabtu lalu menjadi ganas hingga menyebabkan banyak kerosakan yang mencecah kos berjuta-juta euro.

Disebabkan itu, Kerajaan Perancis merayu rakyatnya bertenang. – MalaysiaGazette