KUALA LUMPUR – Impian Malaysia untuk beraksi dalam Piala AFF Suzuki 2018 akhirnya termakbul, namun lensa MalaysiaGazette terpandang kepada komen-komen netizen berhubung ucapan tahniah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq kepada pasukan Harimau Malaya itu.

Satu hantaran Twitter kepada Syed Saddiq daripada @BBST15 (Berita Bola Sepak) menarik perhatian kami untuk dipaparkan kepada pembaca.

“Hi @SyedSaddiq, saja nak bagitahu ni Syahmi Safari yang gol lawa tu.. dia tutup aurat,” komen di Twitter.

Komen itu sejurus selepas Syed Saddiq membuat ciapan di Twitter beliau .

“Goalll! Syahmi! That was beautiful,” tweet beliau.

Ciapan itu diretweet sebanyak 1,370 kali di Twitter.

Malah ramai yang respon terhadap status Ahli Parlimen Muar antaranya @RileyFizan yang berkata “Sudahlah gol lawa, aurat tertutup lagi. Terbaik Syahmi.

@HarithHakimZ pula berkata “Pakai tight pon boleh score. Power kan dia yb? Saya ingat dia xleh score dah, yelah sbb pakai tight kan, manala tau kot2 x lepas nk rembat ke, kaki sangkut ke apa ke. Tp boleh rupanya,” ujar beliau.

@hadirahazrl pula meminta agar Syed Saddiq tidak melupakan kenyataan beliau sebelum ini yang menyatakan pendiriannya tidak bersetuju mengenai arahan menuutup aurat menerusi Instagramnya.

“YB jangan buat ” Tak nampak ehhh . Dia tutup aurat boleh goal. Bukak sikit Mata tu tang Mana yang Tak kena dengan menjaga aurat . YB Please,” katanya respon kepada Syed Saddiq.

Syed Saddiq pernah mengkritik usaha yang ingin dilakukan pentadbiran negeri Terengganu, yang mewajibkan atlet negeri Terengganu berpakaian sukan menutup aurat.

Katanya, pakaian sukan pilihan atlet perlu dihormati dan arahan itu membimbangkan kerana akan menjejaskan masa depan sukan seperti gimnastik, renang dan bina badan. -MalaysiaGazette