Seorang anggota tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul anak perempuannya di sebuah rumah di Bandar Baru Putra, di sini, tahun lepas.
Terdesak untuk menampung perbelanjaan majlis perkahwinannya, seorang anggota tentera mengambil jalan pintas dengan mencetak wang palsu bernilai RM4,000 dengan menggunakan mesin pencetak di pejabatnya sejak awal bulan ini.

KAJANG – Seorang sami di sebuah kuil di Semenyih, dekat sini, direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dera hingga mati anak lelakinya berusia 10 tahun, dua hari lalu.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Fadziatul Isma Ahmad di sini hari ini.

Lelaki tersebut direman hingga 13 Dis bertujuan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Media melaporkan mangsa dibawa ke Hospital Serdang oleh keluarganya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada kira-kira jam 10.30 malam, Rabu lalu, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dilaporkan berkata hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak malang itu petang semalam mendapati kematiannya disebabkan kecederaan tumpul yang berganda di seluruh badan.

Mangsa, menurutnya, merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan dijaga oleh bapanya selepas isterinya meninggalkan mereka sejak dua bulan lalu.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan