Meng Wanzhou

OTTAWA – Ketua Pegawai Kewangan Huawei Technologies Co. Ltd. berkata, beliau sepatutnya dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu untuk ekstradisi.

Meng Wanzhou memberi alasan kebimbangan mengenai kesihatannya serta faktor-faktor lain, menurut dokumen mahkamah.

Meng kini berjuang supaya diberi jaminan selepas ditahan pada 1 Disember lalu di Vancouver atas permintaan Amerika Syarikat.

Wanita berusia 46 tahun itu menghadapi tuduhan memberi maklumat yang alah kepada bank-bank multinasional mengenai penguasaan Huawei dalam syarikat-syarikat yang beroperasi di Iran.

Penipuan itu telah meletakkan bank-bank berisiko melanggar sekatan Amerika Syarikat dan menyebabkan penalti yang teruk, menurut dokumen mahkamah.

China yang mengkritik penahanan Meng menuntut wanita itu dibebaskan.

Penahanan Meng telah mencetuskan ketidakstabilan dalam pasaran global kerana pelabur bimbang akan meningkatkan tekanan perdagangan antara Washington dan Beijing.

Dalam angkat sumpah afidivit, Meng, yang juga anak kepada pengasas Huawei berkata, beliau tidak bersalah atas semua pertuduhan dan akan bertindak membela diri dalam perbicaraan di Amerika Syarikat jika dihantar ke sana.

Meng telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah tinggi selepas ditahan.

Beliau berkata, penyakitnya menyebabkan beliau membuat permohonan untuk dijamin dan memaklumkan mempunyai hubungan yang akrab yang lama dengan Vancouver selain memiliki pegangan hartanah yang signifikan di bandar tersebut. – MalaysiaGazette