Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 46 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah, hari ini menarik balik permohonannya untuk mendapatkan pasport yang disimpan oleh Mahkamah Sesyen bagi membolehkannya menunaikan ibadah umrah, di Makkah pada 17 Jan.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – UMNO sudah menjangkakan beberapa pemimpin parti itu di Sabah akan bertindak keluar parti dan menyokong Pakatan Harapan (PH.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tindakan itu sama sekali tidak melemahkan UMNO di Sabah.

“UMNO Sabah tidak tergugat walaupun ada di kalangan pemimpin UMNO telah isytihar mereka tinggalkan UMNO.

“Tindakan segera telah dilakukan bagi menyusun dan merombak badan perhubungan UMNO Sabah, UMNO juga bersedia dengan pelan pengantin di peringkat bahagian sebagaimana yang terkandung dalam Fasal 15.7 dan 15.8 seperti yang termasuk dalam Perlembangaan UMNO,” katanya dalam sidang media khas di Menara Dato’ Onnhari ini.

Hadir sama adalah dua Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khaled dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu, Annuar mengumumkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilantik memegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yang baharu menggantikan Datuk Hajiji Mohd Noor.

bung-moktar
Bung Moktar Radin

“Datuk Yaakob Khan akan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, manakala Datuk Jefri Ariffin dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri.

“Manakala Ketua UMNO Bahagian Tenom, Datuk Raimi Unggi akan memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO Sabah,” katanya dalam sidang media sama.

Awal hari ini, sejumlah 13 wakil rakyat negeri itu dan 21 Ketua Bahagian meninggalkan parti dan mengisytiharkan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Antara yang keluar UMNO adalah, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak; Ahli Parlimen Beluran yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang negara (PAC), Ronald Kiandee; Ahli Parlimen Sepitang, Yamani Hafez Musa; Ahli Parlimen Beufort, Datuk Azizah Mohf Dun dan Ahli Parlimen Kudat, Datuk Rahim Bakri.

Malah sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah turut bertindak keluar parti.

Antaranya ADUN Sulaman, Datuk Hajiji Mohd Noor, Masidi Manjun (Karanaan), Japlin Akim (Usukan), Musbah Jameh(Tempasuk), Gulam Haidar Khan (Kawang), Mohd Arifin Arif (Membakut), Isnin Aliasnih (Klias), Matbali Musah (Lumadan) dan Nizam Titingan (Apas). – MalaysiaGazette