UTC
Konsep perkhidmatan UTC yang memberi perkhidmatan di luar waktu pejabat wajar diperluaskan dalam sektor awam. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perubahan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) oleh Kementerian Kewangan ternyata satu keputusan yang menyusahkan rakyat untuk berurusan dengan kerajaan.

Datuk Seri Najib Razak berkata, UTC yang diilham oleh kerajaan Barisan Nasional dulu untuk menawarkan perkhidmatan penting dan diperlukan rakyat dalam satu hab.

Lantaran itu, UTC beroperasi dari pagi hingga 10 malam setiap hari.

Katanya, operasinya dibuka sehingga jam 10 malam kerana tahu ramai yang bekerja sukar mendapat pengecualian dari majikan untuk urusan peribadi.

Buktinya, beribu-ribu orang berurusan di UTC setiap hari terutama di luar waktu kerja.

Bagaimanapun, pada tahun depan UTC akan beroperasi dari 8 pagi hingga 7 malam sahaja dari hari Isnin hingga Ahad.

Notis pemberitahuan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan semalam.

“Baguslah. Dari memberi kesenangan kepada rakyat, kini menyusahkan rakyat untuk berurusan dengan kerajaan.

“Baik tutup saja UTC,” katanya. – MalaysiaGazette