Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik hari ini mengumumkan keluar UMNO dan menyerahkan permohonan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik hari ini mengumumkan keluar UMNO dan menyerahkan permohonan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

MELAKA – Permohonan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, dan pengikutnya ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH) Melaka harus ditolak, kata Naib Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong.

Beliau menegaskan penerimaan veteran Umno itu boleh merosakkan integriti kerajaan negeri serta melemahkan keyakinan rakyat terhadap PH.

Justeru, Khoo menyeru PPBM menolak permohonan keahlian daripada bekas ketua menteri itu yang terpalit dengan pelbagai skandal.

ARTIKEL BERKAITAN: Rahim Thamby Chik keluar UMNO, mohon sertai PPBM

Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini selepas Rahim bersama lebih 100 orang mengumumkan mahu sertai PPBM.

Rahim menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi PPBM Melaka Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusoff dalam satu majlis di Ayer Keroh hari ini.

— BERNAMA