KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan sekumpulan 38 individu lagi bagi membantu siasatan berhubung rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

suspek 2Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, kesemua mereka terbabit diminta tampil bagi membantu siasatan.

suspek 3Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu-individu tersebut juga diminta menghubungi pihak polis.

suspek 4Mereka boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, DSP GK Shan Gopal (019-2714387), ASP Siasatan Perundangan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, ASP S Neeraj Durai (016-3565622) atau Inspektor (D13) Siasatan Databank DNA JSJ IPK Selangor, Insp Norsiah Hussin (012-7989973) atau mana-mana balai polis berhampiran.-MalaysiaGazette