KUALA LUMPUR – Datuk Lock Peng Kuan dipilih menganggotai Majlis Persatuan Akauntan-Akauntan Bertauliah Global.

Beliau merupakan ahli majlis ke tiga dari Malaysia selepas Datuk Mohd Nasir Ahmad dan Datuk Zaiton Mohd Hassan.

Majlis itu adalah badan pentadbir Persatuan Akauntan-Akauntan Bertauliah (ACCA) dan bahagian penting operasi organisasi itu.

Ahli-ahli Majlis yang terdiri daripada 36 orang yang dipilih dari seluruh dunia bekerjasama dengan pasukan eksekutif ACCA untuk membentuk masa depan dan membangunkan profesion tersebut.

Lock menjadi ACCA sejak tahun 2000 dan berkhidmat di jawatankuasa amalan awam ACCA pada tahun 2007.

Seperti semua ahli majlis, peranan Lock adalah sukarela sejak beliau bekerja sebagai Rakan di Baker Tilly Malaysia, kedudukan yang disandang sejak tahun 2006.

Pada masa ini, Lock adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat ACCA Malaysia dan Pengerusi Forum Global untuk Audit dan Jaminan, – MalaysiaGazette