KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd gagal mendapatkan surat kebenaran bagi pelantikan ketua pendakwaan, Datuk Sulaiman Abdullah, setelah Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa tiada keperluan undang-undang bagi pendakwaan berbuat demikian.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penghakimannya berkata instrumen perlantikan hanya perlu ditunjukkan kepada mahkamah dan bukan kepada tertuduh.

Mohd Nazlan berkata mahkamah maklum bahawa ada perkara yang kurang jelas mengenai perlantikan Sulaiman tetapi menegaskan bahawa Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan kenyataan media pada 31 Ogos.- BERNAMA