KUALA LUMPUR – Kali terakhir Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, dilihat bertugas persama pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya di kawasan kuil Sri Maha Mariamman.

Mereka berada di situ untuk memadamkan beberapa kebakaran yang dicetuskan oleh perusuh, gara-gara tidak puas hati isu tanah kuil.

Itu adalah tugasan terakhir anak kelahiran Kampung Tebengau, Kuala Kedah. Allahyarham meninggal dunia jam 9.41 malam semalam seleps tiga minggu bertarung nyawa. – MalaysiaGazette