Reaksi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sebahagian pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim sebelum diterbangkan menggunakan Helikopter MI-17 ke kediaman keluarganya di Kampung Tebengau, Jalan Kuala Kedah bagi urusan pengebumian di Pangkalan Udara JBPM Subang, Selangor., Selangor. foto IQBAL BASRI 18 DISEMBER 2018.

SUBANG – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Siti Hasmah yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim kelihatan cukup sugul dan tidak bersemangat.

Perdana Menteri yang ditegur oleh sekumpulan wartawan di Pangkalan Subang hanya mengangguk, seolah-olah tidak dapat bersuara.

Manakala, isterinya, Dr Siti Hasmah pula menangis teresak-esak sepanjang penghantaran jenazah Muhammad Adib, sambil sesekali memegang erat tangan Dr Mahathir.

Jenazah Allahyarham Muhammad Adib yang dibawa oleh helikopter MI-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

Turut sama mengiringi jenazah dalam helikopter tersebut ialah ahli keluarga anggota bomba itu.

Riak wajak ahli-ahli keluarga Muhammad Adib cukup sayu hingga tidak bermaya.

MGF18122018_ADIB MENINGGAL_11
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali berbincang sesuatu dengan Timbalan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Soiman Jahid (tiga kiri) ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim sebelum diterbangkan menggunakan Helikopter MI-17 ke kediaman keluarganya di Kampung Tebengau, Jalan Kuala Kedah bagi urusan pengebumian di Pangkalan Udara JBPM Subang, Selangor., Selangor. foto IQBAL BASRI 18 DISEMBER 2018.

Malah, mereka juga tidak bercakap atau berbual.

Helikopter itu berlepas tepat jam 8.50 pagi dan dijangka mendarat di padang Sekolah Kebangsaan Tebengau, kurang dari dua jam.

Muhammad Adib disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN) selepas bertarung selama tiga minggu.

MGF18122018_ADIB DIBAWA PULANG06
Helikopter MI-17 yang membawa jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim berlepas ke kediaman keluarganya di Kampung Tebengau, Jalan Kuala Kedah bagi urusan pengebumian di Pangkalan Udara JBPM Subang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 18 DISEMBER 2018.

Allahyarham cedera parah akibat dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 November lalu.

Mayat Muhammad Adib kemudian dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Kematian Muhammad Adib cukup mendukacitakan negara kerana seluruh rakyat mendoakan beliau kembali pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

Muhamamd Adib sebelum ini dilaporkan menunjukkan perkembangan positif dalam rawatannya apabila IJN memaklumkan dia tidak lagi memerlukan sistemĀ  ECMO untuk membantu pernafasannya.

Selain itu, pasukan doktor di IJN juga telah membuka mesin sokongan jantung selepas jantungnya boleh berfungsi dengan sendiri pada awal bulan ini.

Tetapi, Ahad lalu, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesihatan Muhammad Adib kembali merosot apabila paru-parunya gagal berfungsi terpaksa memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam Isnin untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.

Kematian Muhammad Adib cukup menyayat hati apabila beliau dan pasangan hidupnya dijadualkan akan melangsungkan perkahwinan Sabtu ini. – MalaysiaGazette