Datuk Farid Kamil
Farid Kamil

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini, hari ini diberitahu bahawa keputusan ujian awal saringan urin pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC) atau ganja.

Pegawai penyiasat jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya Inspektor Mohd Faizal Abdullah, 32, berkata beliau memperoleh keputusan itu sejurus ujian dilakukan di Bahagian Narkotik IPD di sini, pada 11 Jan lalu, iaitu hari yang sama dengan kejadian pelakon tersebut membuat kekecohan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Beliau yang juga pengadu dalam kes itu berkata beliau telah menerima laporan pada pukul 3.45 petang berkaitan tangkapan seorang lelaki bernama Farid Kamil Zahari, 37, yang dibuat anggota polis trafik, Mohd Nizam Jamaluddin.- BERNAMA