Jamal Md Yunos
Datuk Seri Jamal Md Yunos.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Jamal Md Yunos berharap kerajaan terus mengekalkan P. Waytha Moorthy sebagai Menteri Perpaduan di dalam kabinet.

Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar itu yang mengeluarkan kenyataan tersebut secara sinis juga menggesa kerajaan supaya membenarkan Waytha Moorthy dibenarkan kekal sehingga pilihan raya akan datang.

“Saya nak buat kenyataan mengenai desakan orang ramai tentang Menteri Perpaduan.. apa nama dia.. saya pun tak reti nak sebut..harap menteri perpaduan itu dikekalkan sehingga pemilihan akan datang, itu pandangan saya sebagai ahli politik.

“Ini kerana kalau kita sebut sahaja politik, mestilah ia politik yang menguntungkan.

“Jadi bagi saya, biarlah menteri perpaduan ini terus dikekalkan walaupun sejuta dua juta orang protes,” katanya secara sini dalam rakaman video hari ini.

Video itu berdurasi seminit dikongsi dipercayai orang dikenalinya dalam media sosial WhatsApp hari ini untuk disiarkan media.

Malah, beliau juga mencadangkan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak perlu merisaukan sangat mengenai desakan rakyat menerusi petisyen yang mengumpul tandatangan dalam talian.

“Jadi tak perlulah Perdana Menteri mengambil kira mengenai protes itu.

“ini adalah amat baik terus kekalkan beliau sebagai menteri perpaduan,” tegasnya secara sinis. – MalaysiaGazette