Bale
Bale menjaringkan go hatrik untuk mengesahkan Real Madrid mara ke perlawanan akhir piala dunia kelab di Abu Dhabi Sabtu ini.

ABU DHABI- Jaringan hatrik Gareth Bale berjaya memastikan Real Madrid melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab kali ini.

Dalam aksi semalam di Abu Dhabi, Real menundukkan kelab Kashima Antlers 3-1 untuk menempah tiket final.

Pada perlawanan akhir pada Sabtu ini, Real akan bertemu kelab Al Ain dari Emiriah Arab Bersatu.

Bale mengisi kekosongan Cristiano Ronaldo dan membuktikan Real boleh melangkah jauh lagi ke arah kejuaraan.

Bagi membuktikannya, Bale menjaringkan tiga gol untuk membantu juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah edisi lalu mengesahkan kemaraan ke final.

Bale bagaimanapun pemain itu dikeluarkan oleh jurulatih pada penghujung perlawanan dikhuatiri mengalami kecederaan.

Al Ain mengejutkan juara Piala Libertadores River Plate pada separuh akhir menerusi penentuan penalti. – MalaysiaGazette