Danny Chew.

KUALA LUMPUR – Totalife (M) Sdn. Bhd., pengeluar produk kesihatan berjenama Totalife menjangka melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) sebagai perancangan pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danny Chew berkata, cadangan IPO itu bertujuan untuk mengumpul dana syarikat bagi mengembangkan operasi perniagaan di pasaran tempatan dengan membangunkan kilang dan juga pusat makmal pada masa depan.

Beliau berkata, perancangan untuk pengapungan tersebut telah mula dikaji dan dibincangkan di peringkat tertinggi pengurusan sejak beberapa bulan yang lalu.

“Totalife merancang untuk menyenaraikan saham syarikat di Bursa Malaysia pada masa akan datang.

“Kami mahu menghargai para pelanggannya yang setia bersama syarikat sejak tahun 1995 dan memberi peluang kepada mereka untuk mendapat manfaat daripada pelaburan mereka di pasaran saham semasa,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Totalife telah mengadakan majlis sambutan ulang tahun syarikat ke-23 tahun di negara.

bac43fb039adc7f93797e84e0cf27a31
Totalife turut mengadakan pertandingan langsing di kalangan penggunanya sempena majlis sambutan ke-23 tahun Totalife baru-baru ini.

Danny menambah, syarikat turut merancang untuk menembusi pasaran Indonesia pada separuh pertama tahun depan memandangkan terdapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan di negara berkenaan.

Jelasnya, tahun 2019 merupakan waktu yang sesuai untuk syarikat meluaskan rangkaian pasarannya ke negara jiran tersebut.

Ini kerana katanya, produk keluaran syarikat yang terdiri daripada tiga segmen iaitu imuniti, pelangsingan dan detoks serta nyah toksin badan telah mendapat sambutan yang menggalakkan di peringkat antarabangsa sebelum ini.

“Kami telah mengembangkan perniagaan di Amerika Syarikat, Singapura dan China di mana objektif utama syarikat adalah untuk memberi manfaat kepada masyarakat untuk menikmati kehidupan yang sihat dan sempurna daripada segi kesihatan dalaman dan juga luaran.

“Pelanggan juga kekal setia dengan Totalife sehingga ada yang menggunakan produk kami selama lebih daripada 20 tahun dan tahap kesihatan mereka menjadi lebih baik,” katanya.

Danny memberitahu, sehingga kini syarikat memiliki lebih daripada 10,000 pengedar di seluruh negara.