Pemuda Amanah Nasional akan tanggung kos Badal Haji untuk Allahyarham Muhammad Adib.
Kerajaan hari ini sudah menerima laporan interim daripada Jawatankuasa Khas Teknikal Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

KUALA LUMPUR – “Sedih korg, hari ini (patut) hari bhgia dia..,” demikian komen seorang pengguna Instagram yang membuat komen terhadap majlis yang sepatutnya diadakan sempena hari perkahwinan Allahyarham anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dan Nurul Najihah Mohd Radzi.

Menurut @kuna_uwna, hari ini patut menjadi hari bahagia #MuhammadAbid dan tunangnnya,

Komen itu dikirimkan beliau kepada sekeping gambar memperingati kematian Allahyarham Muhammad Adib pada Isnin lalu.

“Ada hkmh dsblknya allh mnjmpt pulg kpgkuannya..smga adb dtmptkn dlm glgn org yg briman.. Al-Fatihah,” katanya di Instagram.

Malah komen @alif.afy01 sekiranya majlis perkahwinan itu berlangsung hari ini, mesti ramai para tetamu yang hadir turut mengundang rasa pilu ramai pihak.

“Sedihnye lah rasa hati ni … arwah dh beli kereta untuk hari perkahwinannya.

“Namun xkesampaian untuk membina keluarga kalaulah Allah memberi peluang kepada arwah untuk hidup balik..mesti ramai yg dtng hari perkahwinan arwah .. .kalaulah kan,” katanya kepada komen di IG MalaysiaGazette.

Dalam pada itu, memetik laporan harianmetro.com, bapa Nurul Najihah, Mohd Radzi Bedah berkata, beliau sepatutnya mengahwinkan pasangan itu semalam sebagaimana yang dijadualkan.

Kedua-dua mereka sepatutnya disatukan pada majlis akad nikah di Masjid Pantai Johor malam tadi, sebelum majlis persandingan diadakan di rumah mereka di Taman Damai.

Malah, kelengkapan baju untuk dipakai keluarga mereka pada majlis perkahwinan itu juga sudah disiapkan.

“Biarpun tertulis antara mereka tiada jodoh, namun saya berharap ikatan silaturahim antara keluarga arwah Muhammad Adib dan kami tidak akan terputus.

“Malah, kos jamuan yang sepatutnya berlangsung hari ini saya salurkan untuk majlis tahlil Khamis lalu,” katanya.

Majlis perkahwinan itu turut menjemput kira-kira 1,500 tetamu.

Muhammad Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Isnin lalu selepas tiga minggu menerima rawatan di situ akibat cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu. -MalaysiaGazette