Shazni Munir Mohd Ithnin
Shazni Munir Ithnin

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) menekankan bahawa sebarang penambahbaikan atau perubahan yang mahu dibuat terhadap kurikulum sekolah kebangsaan haruslah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas termaktub cita-cita besar pendidikan negara untuk melahirkan ‘insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan’.

“Perkara ini menjadi teramat penting ketika dunia umumnya sedang bergerak ke arah Revolusi Perindustrian 4.0.

“Malaysia harus berani meneroka sistem pendidikan tersendiri yang mampu mendepani kemajuan semasa, serta konsisten membawa nilai-nilai baik sebagaimana yang terkandung dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 107,” kata Naib Ketua Pemudanya, Shazni Munir Mohd. Ithnin dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian mengulas desakan supaya ada perubahan dalam kukurikulum sekolah kebangsaan termasuk kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai terlalu banyak mata pelajaran Islam baru-baru ini.- MalaysiaGazette