Radzi Melissa

KUALA LUMPUR – Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa, Ustaz Radzi Abdul Hamid meninggal dunia ketika baru memulakan persembahannya di sini malam tadi.

Allahyarham ketika itu membuat persembahan di Panggung Annivesari Kuala Lumpur.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam, Radzi tiba-tiba rebah dan dikatakan sesak nafas dan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Beliau sebelum itu giat berdakwah termasuk melalui lagu-lagu rock dan salah satu lagu terkenal zaman kegemilangannya ialah Cinta Untuk Nabila.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam lingkungan jam 11:15 malam akibat kekurangan oksigen.-MalaysiaGazette