Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.

KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini selepas persekitaran rapuh merentas pasaran global pada akhir minggu lalu berterusan pada hari pertama minggu ini.

Sentimen pasaran dikuasai kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan akan terus menaikkan kadar faedah dan merendahkan lembaran kunci kira-kira walaupun terdapat kebimbangan pertumbuhan global yang perlahan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.8 mata kepada 1,663.48 daripada 1,670.28 penutup Jumaat.

Indeks itu dibuka 0.29 mata lebih rendah pada 1,669.99.

Kaunter turun mengatasi naik sebanyak 116 berbanding 67 dengan 101 tidak berubah manakala 1,604 tidak didagangkan dan 25 yang lain digantung.

Sejumlah 64.69 juta saham bertukar tangan bernilai RM22.64 juta.

Dalam kalangan kaunter utama, Maybank susut lima sen kepada RM9.24, Public Bank turun 12 sen kepada RM24.56, Tenaga susut 24 sen kepada RM13.24 tetapi PChem menambah empat sen kepada RM9.24.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup esok bagi sambutan Hari Natal. – BERNAMA