Pelajar perempuan berusia 15 tahun dibakar dua suspek dengan menyimbah petrol di atas jalan utama di Agra Delhi.

NEW DELHI – Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun meninggal dunia di hospital setelah melecur teruk selepas dua lelaki membakarnya di atas jalan.

Pihak berkuasa pada Sabtu mengesahkan ia adalah insiden serangan terbaharu ke atas wanita yang berlaku di bandar pelancongan Agra.

Menurut polis, mereka belum dapat memastikan motif serangan itu yang mana dua lelaki yang datang dengan motosikal menghalang perempuan itu sebelum mencurah petrol ke atasnya.

Pelajar perempuan itu disahkan meninggal dunia di hospital.

Dalam pada itu, sepupunya yang tidak dapat menahan kesedihan akibat kematian pelajar itu turut membunuh diri.

Setakat ini polis belum membuat tangkapan berhubung insiden itu.

“Kita telah menyoal siasat enam hingga tujuh individu dalam kes ini. Siasatan masih diteruskan,” kata Superintendan Polis Akhilesh Narain Singh.

Minggu lalu, empat lelaki menculik dan merogol seorang pelajar kolej di tebing Sungai Yamuna di bandar negeri Uttar Pradesh.

Pada 2016 sahaja, sebanyak 4,954 kejadian jenayah ke atas wanita dan kanak-kanak dilaporkan di New Delhi.- Agensi

Tinggalkan Jawapan