Fasha mengikat tali pertunangan dengan Aidil pada 18 November lalu .

PELAKON – Pelakon, Fasha Sandha berkongsi pengalaman alam pertunangan buat pertama kali dalam hidupnya bersama pelakon Aidil Aziz.

Fasha sendiri memberitahu pengalaman ketika membahagiakan walaupun fasa tersebut akan berdepan pelbagai ujian.

“Encik tunang yang selalu melayan kegilaan tunang dia ni. Saja nak kongsi pengalaman, memandangkan ini kali pertama bertunang.

“Alam pertunangan ni best juga sebenarnya sebab orang kata alam pertunangan ni menguji tapi lhamdulillah setakat ini, baik-baik sahaja.

“Kalau nak bertunang tiga tahun rasa-rasa okay ke? Sebab kawan kami ada yang bertunang sembilan tahun!,” tulisnya di Instagram.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 34, bertunang dengan Aidil, 31 pada 18 November lalu dalam sebuah majlis tertutup di ibu negara.

Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun ia berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 dan Putri Raysha Jemyma yang berusia tiga tahun. – MalaysiaGazette