Menteri Pembangunan Luar Bandar Yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seti Rina Mohd Harun berucap pada Program ‘Segak Ke Sekolah’ Jom Gunting Rambut Percuma di PPR Jelatek, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu bergerak lebih agresif, kata ketuanya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Justeru beliau berkata, sayap parti tersebut mahu menggunakan pentas Perhimpunan Agung Tahunan 2018 untuk merapatkan saf ahli dalam kalangan kaum wanita.

“Srikandi mestilah dilihat wadah suara wanita kalau dulu baru ditubuhkan baru dua tahun kita berusaha memenangi pilihan raya umum.

“Sekarang, kita hendak mengisi kemenangan mengorak langkah agresif merapatkan diri dengan masyarakat terutamanya golongan wanita,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya Srikandi yang diketuainya akan menumpukan isu pendidikan dan ekonomi selain politik sebagai topik yang bakal dibawa pada perhimpunan yang bermula 28 Disember.

“Srikandi PPBM sayap wanita PPBM kita kali ini nak antara isu yang akan dibicangkan dari segi politik pendidikan dan ekonomi,” ujarnya.

Terdahulu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan lebih awal bahawa sesi perbahasan perhimpunan parti itu yang kedua akan bakal berlangsung secara tertutup daripada liputan pihak media. – MalaysiaGazette