Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia berundur daripada kenaikan semalam untuk dibuka lebih rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas bursa tempatan ditutup 1.08 peratus lebih tinggi semalaman.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.51 mata kepada 1,689.21 berbanding 1,690.72 penutup Khamis.

Indeks itu dibuka 2.81 mata lebih rendah pada 1,687.91.

Bagaimanapun, kaunter naik mengatasi rugi sebanyak 112 berbanding 60 dengan 130 kaunter tidak berubah manakala 1,585 tidak diniagakan dan 54 yang lain digantung.

Sejumlah 93.56 juta saham bertukar tangan bernilai bernilai RM22.0 juta. – BERNAMA