Para petugas pencari dan penyelamat mengumpul barang-barang yang ditemui daripada pesawat Lion Air yang terhempas 29 Oktober lalu. foto Agensi

JAKARTA – Keluarga pembantu juruterbang syarikat Lion Air yang terhempas pada bulan Oktober lalu telah memfailkan saman ke atas Boeing Co. di Chicago ekoran kemalangan yang mengorbankan Harvino.

Tuntutan yang difailkan pada hari Jumaat di Mahkamah Circuit Cook County, Illinois

Dalam tuntutan itu, isteri dan tiga anak pembantu juruterbang itu mendakwa bahawa Boeing 737 MAX 8 yang digunakan oleh Lion Air dalam keadaan bahaya kerana sensornya memberikan maklumat yang tidak konsisten kepada kedua-dua juruterbang dan pesawat.

Boeing enggan mengulas tuntutan saman tersebut.

Pesawat yang membawa 189 orang penumpang termasuk anak kapal terhempas di Pulau Jawa selepas ia berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.

Saman itu mendakwa manual arahan yang disediakan oleh Boeing kepada pesawat yang berusia dua bulan itu masih tidak mencukupi, menyebabkan kematian juruterbang, anak kapal dan penumpang.

Dalam satu kenyataan, firma undang-undang Gardiner Koch Weisberg & Wrona berkata, Harvino dan Kapten Bhayve Suneja adalah juruterbang berpengalaman, masing-masing telah merekodkan lebih daripada 5,000 dan 6,000 jam penerbangan sebelum bencana tersebut.

Sebelum ini, Boeing telah disaman oleh dua keluarga mangsa Lion Air. – MalaysiaGazette