Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah bimbang cara pembelian rumah mengikut cara pendanaan awam (crowdfunding) mungkin menjeremus seseorang ke dalam keadaan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan pengecualian bagi Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) kepada warga negara Malaysia yang melupuskan hartanah termasuk rumah kediaman kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik pada harga balasan RM200,000 dan ke bawah dalam tahun keenam dan seterusnya.

Pengecualian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019, kata Menteri Kewangan kerana kerajaan prihatin dengan kebajikan rakyat dan memastikan rakyat tidak terbeban dengan CKHT yang dikenakan

Pada pengumuman Belanjawan 2019 sebelum ini, Lim Guan Eng memaklumkan CKHT bagi pelupusan hartanah dalam tempoh tersebut adalah 30 peratus bagi warga negara, bukan warga negara, pemastutin tetap dan syarikat.
untuk tempoh pegangan tiga tahun selepas tarikh pemerolehan.

Manakala dalam tahun keempat dikenakan CKHT sebanyak 20 peratus kepada warga tempatan dan syarikat serta 30 peratus untuk bukan warga negara dan pemastautin tetap.

Untuk tempoh pegangan tahun kelima pula kadar itu diturunkan lagi kepada 15 peratus untuk rakyat tempatan dan syarikat serta 30 bagi bukan warga negara dan pemastautin tetap.

Manakala dalam tempoh keenam tahun pegangan, CKHT untuk rakyat tempatan adalah lima peratus manakala yang lain 10 peratus.

Guan Eng berkata, bagi perolehan aset sebelum tahun 2000, harga pasaran pada 1 Januari 2000 akan digunakan sebagai harga perolehan bagi pelupusan harta tanah oleh warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.

Dalam keadaan kontrak bersyarat Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, pengecualian CKHT diberikan keĀ atas keuntungan daripada pelupusan hartanah yang dibuat dalam tahun keenam dan seterusnya oleh warga negara Malaysia dan pemastautin tetap, yang mana Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani sebelum 1 Januari 2019 dan kelulusan daripada kerajaan atau kerajaan negeri akan diperoleh pada tahun 2019 dan seterusnya.

Beliau juga memberitahu, kerajaan akan mengecualikan pengenaan cukai perkhidmatan untuk individu berdaftar Cukai Perkhidmatan dalam Kumpulan G (Kumpulan Profesional) yang memberikan perkhidmatan yang sama kepada orang berdaftar bermula 1 Januari 2019.

Pengecualian yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019 bertujuan mengelak peningkatan kos akibat percukaian berganda dan mengekalkan daya saing industri perkhidmatan tempatan.

Contohnya, seorang peguam bela dan peguam cara memberikan perkhidmatan perundangan kepada peguam bela dan peguam cara yang lain akan dikecualikan daripada cukai perkhidmatan.

Kerajaan juga memberi layanan yang sama kepada perkhidmatan bercukai dalam negeri dan yang diimport.

Sehubungan dengan itu, pengecualian ini juga dipanjangkan kepada perkhidmatan bercukai yang diimport oleh mana-mana syarikat di Malaysia daripada syarikat luar negara yang merupakan syarikat dalam kumpulan yang sama tetapi
terhad kepada perkhidmatan tertentu dalam Kumpulan G.

Pengecualian ini akan diberi melalui kuasa Menteri Kewangan, katanya. – MalaysiaGazette