Tun Dr Mahathir hanya sempat meluangkan masa beberapa jam sahaja untuk menghadiri satu persidangan mengenai Afrika di sini pada Khamis, tetapi dalam masa yang singkat itu beliau sempat mencurahkan pelbagai ilmu dan pandangan mengenai tadbir urus dan pembangunan yang terbukti berguna untuk negara-negara Afrika.
Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, Kabinet telah mengambil keputusan berhubung projek berkenaan namun terdapat perubahan yang perlu dibuat menyebabkan rundingan lanjut dengan pihak-pihak tertentu masih belum dapat diselesaikan.

KUALA LUMPUR –  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendoakan agar kehadiran tahun baharu akan memberi makna besar dan mendorong seluruh rakyat melakar kejayaan yang lebih tinggi.

Katanya 2018 adalah tahun yang mencabar dengan pelbagai peristiwa pahit dan manis ditempuh.

“Diharap segala resolusi yang dibuat pada awal tahun lalu, berjaya dicapai.

“Saya berdoa agar segala kejayaan dan kegagalan dijadikan pengajaran. Semoga kehadiran tahun baharu ini beri makna besar bagi kita semua dan beri kita dorongan untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih tinggi,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Twitternya.

Dalam video berdurasi seminit itu, Dr Mahathir turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua rakyat Malaysia dan menyampaikan ucapan sama dari isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. – BERNAMA