Sajid Javid.foto BBC

LONDON – Britain meminta bantuan semula dua bot pengawal pantai daripada penempatan luar negara untuk membantu menangani peningkatan jumlah pendatang yang cuba memasuki negara itu dari Perancis.

Menteri Dalam Negeri Sajid Javid berkata, kemasukan pendatang yang menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis semakin meningkat dan ia diisytiharkan sebagai kejadian utama.

Katanya, Britain yang mengadakan mesyuarat pada Isnin lalu telah meminta bantuan dua bot tambahan dengan tiga kapal lain untuk memantau di perairan tersebut.

Terdapat 230 orang pendatang mahu memasuki perairan paling sibuk di dunia pada bulan lalu, walaupun separuh daripada jumlah itu dihalang meninggalkan Perancis.

Namun, percubaan mereka untuk menyeberang ke Britain telah menarik perhatian domestik selepas kurang dari tiga bulan sebelum Britain meninggalkan Kesatuan Eropah.

Katanya, cubaan kemasukan pendatang ke Britain meningkat pada tahun lalu berbanding tahun 2017 dan kebanyakannya dari Iran. – MalaysiaGazette