GAMBAR FAIL : Mukmin Azmi & Co. foto MALAYSIA GAZETTE, 02 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan Elite, Linda Rafar diberi masa tujuh hari untuk memohon maaf kepada jururawat atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Sebuah page Facebook, Delegation of Nurses, memuat naik notis tuntutan mahkamah kepada selebriti berkenaan dalam laman sosial tersebut.

Antara isi notis itu adalah tuntutan permohonan maaf dan gantirugi yang perlu dilaksanakan Linda dalam masa tujuh hari.

Seandainya gagal, ia akan dilanjutkan menerusi prosiding mahkamah.

Menurut admin page berkenaan, mereka berharap insiden ini mampu dijadikan tauladan supaya tiada lagi kes buli siber disebarkan melalui mana-mana platform media sosial dan internet.

“Kami sekali mengingatkan bahawa tindakan perundangan ini tidak sama sekali menganggu siasatan dalaman pihak hospital.

“Ini adalah kerana kes ini tidak berkaitan dengan kejadian yang tular di hospital yang terlibat akan tetapi lebih kepada hantaran viral di Instagram milik selebriti itu sendiri.

“Untuk makluman, jumlah dana yang kami terima sudahpun mencapai tahap yang diperlukan untuk memulakan tindakan perundangan,” katanya.

Linda sebelum itu melahirkan rasa kecewa terhadap sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang didakwa memberi layanan buruk apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan.

Isu tersebut kecoh apabila Linda memuat naik mesejnya dengan Zizan di Instastorynya sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan pelakon itu terhadap dirinya dan keluarganya. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/29/saya-mengaku-silap-linda-rafar/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast