Fabregas melambai tangan ke arah penyokong Chelsea selepas perlawanan EPL menentang Southampton malam tad sebagai tanda selamat tinggal.

ENGLAND – Cesc Fabregas melambaikan tangan ke arah penyokong Chelsea selepas aksi menentang Southampton pagi tadi.

Lambaian selamat tinggal itu sebagai simbolik aksi terakhir bintang antarabangsa Sepanyol itu menyarung jersi The Blues.

Fabregas dilihat sangat beremosi selepas perlawanan terikat seri tanpa jaringan di Stamford Bridge.

Fabregas diturunkan sebagai menggantikan Ross Barkley pada minit ke-68 namun gagal memperoleh mata penuh untuk pasukan.

Laporan di London mendakwa Fabregas diperingkat akhir memuktamadkan penghijrahan ke Monaco CF dengan kontrak dua tahun setengah.

Monaco dipercayai mendahului pasukan lain untuk pempersetujui kontrak termasuk bonus £9 juta (RM46.8 juta) kini diperingkat akhir.

Selepas tamat perlawanan, Fabregas berkongsi penghargaan kepada penyokong dalam media sosial.

“Kira-kira 500 perlawanan dalam bola sepak Inggeris yang sangat berkompetitif dan terbaik di dunia. Satu detik yang membanggakan dalam karier saya jumpa anda semua pada Sabtu ini,” katanya.

Manakala pemain senegaranya, David Silva membalas mesej itu dengan komen: “Kamu berhak, moga kecapi lebih banyak sukses kelak.”- MalaysiaGazette