Thae Yong-ho

SEOUL – Bekas diplomat Korea Utara, Thae Yong-ho menggesa rakan sekerjanya yang menghilangkan diri di Itali berpaling tadah ke Seoul, berikutan laporan bahawa beliau sedang mencara suaka di Amerika Syarikat.

Jo Song-gil, 44, yang merupakan pemangku duta Korea Utara ke Itali menghilangkan diri dengan isterinya selepas meninggalkan kedutaan itu tanpa sebarang notis pada awal November, kata ahli parlimen Korea Utara khamis lalu.

Jo sedang mencari suaka di Amerika Syarikat dan di bawah perlindungan agensi perisikan Itali, lapor akhbar La Republica pada Jumaat lalu yang memetik sumber diplomatik yang tidak mahu dikenali.

Dalam surat terbukanya, Thae yang merupakan bekas timbalan duta Korea Utara ke Britain menyatakan dia dan rakannya itu belajar di universiti yang sama, malah pernah bekerja dengan Jo sebelum beliau berpaling tadah ke Korea Selatan pada 2016 menggesa Jo mengikut jejak langkahnya.

Berpaling tadah ke Korea Selatan adalah ‘kewajipan, bukan pilihan’ untuk diplomat Korea Utara yang komited kepada penyatuan, kata Thae yang menggesa Seoul ‘mengasi’ tugas itu.

“Jika anda datang ke Korea Selatan, hari rakan rakan kita yang merana dan warga Korea Utara bebas daripada terjerat akan maju ke hadapan,” kata Thae dalam surat yang disiarkan dalam laman sesawangnya.

“Jika anda datang ke Seoul, lebih ramai rakan kita akan menyusul dan penyatuan ini akan dicapai dengan sendiri,”.

Korea Selatan bukannya ‘syurga di dunia’ tetapi sebuah tempat di mana Jo boleh merealisasikan impiannya, kata Thae yang menyatakan semangat penyatuan dalam kalangan 32,000 yang berpaling tadah.

“Mereka yang berpaling tadah tidak sekaya warga Korea Selatan,”

“Tetapi ia adalah satu satunya perkara yang anda dan saya sebagai diplomat Korea Utara perlu lakukan sepanjang hayat kita – untuk menyatukan dan menyerahkan negara yang bersatu kepada anak-anak kita,”.

Pyongyang mewajipkan diplomatnya yang ke luar negara meninggalkan sekurang-kurangnya seorang anak mereka di negara itu, namun mereka yang berpangkat tinggi atau dilihat setia kepada rejim dikecualikan daripada berbuat demikian. – Agensi