Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – CORE Precious Development Sdn Bhd telah memulakan pembinaan dua menara kediaman perkhidmatan dan satu menara pangsapuri perkhidmatan di Tun Razak Exchange (TRX) berikutan satu majlis pecah tanah hari ini.

Projek yang disasarkan untuk siap menjelang akhir 2022, akan dijual secara eksklusif melalui pratonton jualan menjelang pertengahan 2019.

Hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan CORE, Frank Feng, Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib, Pengerusi Kumpulan Komunikasi dan Pembinaan China, Zhao Hui dan beberapa wakil daripada WCT Holdings Bhd.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka berkata, pembangunan itu dijadikan sempadan kehidupan dunia dan menekankan gaya hidup bandar moden yang memenuhi keperluan profesional kewangan dan ekspatriat.

Feng berkata, syarikat itu yakin dapat membantu TRX mencapai matlamatnya untuk menjadi pusat kewangan dan hab perniagaan.

“Sebagai pelabur antarabangsa, visi kami adalah untuk bekerjasama dengan TRX City serta pemegang saham kami dalam mengubah TRX menjadi pusat kewangan bertaraf dunia di rantau ini.

“Kami berhasrat untuk mewujudkan gaya hidup bandar moden dalam projek TRX ini,” katanya. – MalaysiaGazette