KUALA LUMPUR – Perkahwinan pelakon Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar boleh dianggap ‘Wedding of The Year’ meskipun baharu menjengah tirai tahun 2019.

Apatah lagi,ramai pihak termasuk syarikat besar yang menjadi penaja perkahwinan itu.

Salah satunya termasuk syarikat barangan kemas terkenal, Habib Jewels.

Namun begitu sesuatu yang mengejutkan menerusi laman Facebook rasmi Habib semalam apabila mereka telah memuat naik gambar Elfira dan bekas tunangnya yang juga penyanyi Sufian Suhaimi ketika di majlis pertunangan mereka terdahulu berserta ucapan tahniah.

Namun pantas mengakui kesilapan, tidak lama kemudian Habib telah memadam semula posting berkenaan serta turut membuat permohonan maaf kepada Elfira dan peminat mereka.

Menurut Habib, kakitangan mereka yang bertugas telah tersalah memuat naik gambar dan dalam masa yang sama turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga Elfira dan Faris. – MalaysiaGazette

Elfira tunjuk wajah tunang