Zahida Zarik Khan
Zahida Zarik Khan

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) memilih calon dalam kalangan bekas penjawat awam untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Hihglands berdasarkan potensinya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, pemilihan calon, Ramli Mohd. Nor yang merupakan bekas Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dibuat setelah pucuk pimpinan parti melihat kriterianya yang diterima semua lapisan pengundi.

“Ini bukan cerita kuih Orang Asli ke? Kuih Melayu ke, kuih kaum-kaum lain macam disebut oleh calon PH. Ini cerita untuk kita pilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat kepada semua pengundi di Cameron Highlands.

“Ramli telah lama berkhidmat untuk masyarakat, ketika dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) lagi. Kita pastikan BN menang,” katanya di sini semalam.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN yang menjalankan tugas-tugas Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan Ramli sebagai calon BN untuk PRK di Cameron Highlands. Kita pastikan BN menang di sini ya! Zahida zarikh

Timbalan Presiden UMNO itu, BN buat pertama kali dalam sejarah memilih calon bukan dalam kalangan ahli parti dan diletakkan bertanding di kerusi itu sebagai pinjaman dari MIC.

Sementara itu, pada Rabu lalu, calon Pakatan Harapan (PH) dari DAP, M. Manogaran dalam kenyataannya kepada sebuah portal mesra kerajaan dilaporkan berkata, sekiranya BN meletakkan calon Orang Asli pada PRK berkenaan, strategi itu tidak akan berhasil.

Bagi menjelaskan hujahnya, ahli DAP itu memberikan perumpamaan berkaitan kuih.

“Ikut perkiraan BN, mereka fikir… Mereka tak faham. Orang Melayu tak beli kuih dari gerai Orang Asli. Saya tak fikir mereka (orang Melayu) akan undi Orang Asli.

“Orang Melayu akan tanya: kenapa tak ada calon orang Melayu? Kenapa letak Orang Asli?’ Orang Cina, India juga tidak akan undi Orang Asli,” kata M Manogaran sebagaimana dipetik sebagai berkata kepada wartawan portal berkenaan.

Namun, tidak sampai 24 jam daripada kenyataan itu, beliau tampil memohon maaf dan menyedari itu sebagai kesilapan besarnya yang tidak sepatutnya diucapkan sedemikian, kerana berbaur perkauman. – MalaysiaGazette