Foto Instagram Linda Rafar.

KUALA LUMPUR – Ibu penyanyi Linda Rafar yang sebelum ini dipotong tangan kerana jangkitan kuman meninggal dunia malam tadi.

Arwah ibu Linda, Rasimah Abd. Rahman berusia 73 tahun.

Berita pemergian itu turut dikongsi adiknya, Diana yang memaklumkan ibunya sudah tiada.

“Assalamualaikum, baru sekejap tadi mak Diana sudah meninggal dunia.

“Tolong doakan mak Rasimah Abd Rahman,” katanya di Instagramnya malam tadi.- MalaysiaGazette