Jose Mourinho. Foto Sky Sports.

LONDON – Bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho tidak perlu menganggur terlalu kerana telah mendapat kerja baharu, lapor The Sun.

Walaupun bukan sebagai pengurus lagi, Mourinho telah dipilih sebagai pengulas sukan untuk beIN SPORTS.

Mourinho akan memulakan tugasnya mengulas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Arsenal dan Chelsea pada 19 Januari ini.

Pengendali Portigal itu akan mengulas perlawanan Piala Asia membabitkan Qatar menentang Arab Saudi, dua hari sebelum perlawanan penting itu.

Mourinho kini dikaitkan bakal kembali ke Real Madrid selain turut menerima tawaran daripada Benfica. – MalaysiaGazette