TERKINI : BN Cameron Highlands Tuntut Janji Pakatan Harapan – Datuk Seri Mohd Sharkar

Barisan Nasional (BN) optimis untuk mengurangkan undi Pakatan Harapan (PH) di peti-peti undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, 26 Januari ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, usaha itu boleh direalisasian MCA khususnya di peti-peti undi di Lembah Bertam dan Bandar Ringlet.

“Kita telah mengadakan mesyuarat dengan MIC di tempat yang saya jaga dan kita dapati kita ada lebih kurang 2,300 pengundi daripada 5,800 pengundi terdiri daripada Melayu, India dan juga orang asli.