UTC
Konsep perkhidmatan UTC yang memberi perkhidmatan di luar waktu pejabat wajar diperluaskan dalam sektor awam. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Berdasarkan maklum balas orang awam, tujuh buah Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terletak di dalam pusat membeli-belah akan dibuka dari jam 1 petang sehingga 10 malam.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, setelah melakukan kajian, UTC lain di seluruh negara akan beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 5 petang bermula 22 Januari ini.

Tujuh UTC yang bakal beroperasi sehingga 10 malam adalah:-

  1. Shah Alam, Selangor
  2. Keramat, Kuala Lumpur
  3. Seremban, Negeri Sembilan
  4. Alor Setar, Kedah
  5. Johor Bahru, Johor
  6. Kota Bharu, Kelantan
  7. Kuala Terengganu, Terengganu

Pertukaran waktu operasi ini turut dibuat sebagai langkah penjimatan perbelanjaan Kerajaan.

“Namun begitu, UTC tetap beroperasi selama tujuh hari seminggu kecuali cuti umum bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Waktu operasi UTC akan dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan permintaan rakyat dipenuhi dan pada masa yang sama perbelanjaan Kerajaan dibuat secara efisien tanpa pembaziran waktu dan tenaga. – MalaysiaGazette